Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 3]

•December 23, 2010 • Leave a Comment

Dari Jurusan Mana Datangnya Islam ke Nusantara? Ini adalah bab keempat yang mengupas pandangan para orientalis dan sarjana barat tentang teori kedatangan Islam ke Nusantara. Orientalis memberikan gambaran dan beria-ia untuk memilih benua kecil India sebagai punca kedatangan Islam ke Asia Tenggara dengan diadakan bukti-bukti dari artifak-artifak yang terdapat di nusantara seperti batu-batu nisan raja contohnya batu nisan di Pasai bertarikh 1424M yang menyerupai batu nisan yang terdapat di Cambay, Gujerat, Selatan India. Selain teori perdagangan oleh lain-lain sarjana barat seperti Snouck Hurgronge, manakala T.W Arnold pula bersandarkan kepada persamaan mazhab antara Coromandel dan Malabar, India dengan Mashab Syafie anutan Umat Islam Nusantara.

Penulis berjaya membuka mata pembaca dengan menjelaskan sebab mengapa mereka ingin sangat mengaitkan kedatangan Islam dengan benua kecil India ialah pada tanggapan mereka Asia Tenggara tidak lebih dari lanjutan Benua Kecil India sehinggga sarjana barat G. Coedes menamakan daerah ini sebagai Negara-negara Asia Tenggara yang dihindukan (‘The Indianised States of South East Asia’), Semenanjung Tanah Melayu pula dirujuk sebagai India di seberang Sungai Ganges (‘India Beyond The Ganges’) dan Kepulauan Asia Tenggara dirujuk sebagai ‘India disebelah sana (Further India).

Apabila mereka mengaitkan dengan rapat tentang India dengan kedatangan Islam mereka ingin membuktikan bahawa ia tidak lebih daripada pengaruh India yang melimpah masuk ke sini sebagaimana India telah menganugerahkan agama Hindu, Buddha dan Kebudayaan serta sistem mereka.  Dikatakan kononnya orang Melayu begitu mudah menerima Islam kerana Islam yang datang hanya perlu disesuaikan dengan kebudayaan Hindu yang telah menjadi darah daging, lantas mereka mengatakan Islam tidah membawa apa-apa perubahan dasar pada budaya, pemikiran dan pada hidup orang Melayu.

Penulis mengupas juga bukti-bukti yang jelas menunjukkan arus kedatangan Islam itu datangnya dari jazirah tanah arab sendiri seperti pengislaman raja Melaka dan raja Pasai yang mana turut disokong oleh sarjana-sarjana barat. Kisah kedatangan Islam dari tanah arab ke Negara China pada zaman-zaman awal Islam yang disampaikan oleh para sahabat turut menjadikan penyebaran Islam dari China ke Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam Selatan memberi petunjuk bahawa Islam turut disebarkan  dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu bertarik 702H dan batu nisan milik seorang wanita bernama Makhdarah di Brunei ada kaitannya dengan arus kedatangan Islam dari China.

Apapun, kedatangan Islam ke Tanah Melayu dari mana bukan satu isu besar kerana tanggungjawab dakwah bukan eksklusif milik bangsa Arab, sesiapa yang menerima Islam akan melihat tanggungjawab dakwah sebagai kewajipan asasi. Sesiapa juga akan yakin akan Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, yang tidak membezakan antara manusa melainkan berdasarkan kepada taqwa. Lantaran itu kedatangan Islam dari Arab, India atau China tidak menjadi isu pokok tetapi keindahan ini menjadikan kepelbagaian kaum di Malaysia kini yang memupuk hubungan kaum yang lebih positif.

Bersambung….

Advertisements

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 2]

•December 13, 2010 • 2 Comments

SINOPSIS

Penulis memulakan dengan Bab Pendahuluan menceritakan berkenaan dengan Nusantara itu sendiri yang merupakan istilah kebudayaan untuk gugusan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah ketamadunan kemanusiaan yang sangat awal. Kedudukan strategik mewujudkan kerajaan-kerajaan awal Nusantara seperti Kedah Tua, Langkasuka, Singhosari dan kalinga yang menunjukkan campuran kepercayaan setempat dan agama Hindu.

Pada Bab kedua penulis mengupas persoalan menarik Apakah Umat Islam Nusantara Mewarisi Tamadun Hindu/Buddha? Jelas menunjukkan bahawa penulis telah Berjaya memberikan hujah konkrit umat Islam tidak mewarisi Tamadun Hindu/Buddha sebaliknya Penghayatan Islam berlaku dengan ilmu dan kefahaman terhadap Agama Islam itu sendiri. Penulis berjaya menerangkan bagaimana Sarjana Barat (Orientalis) telah memberikan tumpuan kepada sejarah pra-Islam iaitu zaman animism-Hindu-Buddha yang secara langsung menjadikan sejarah kedatangan Islam dibincangkan amat sedikit secara ilmiah.

Sebagai Contoh kerajaan-kerajaan Melayu lama yang dikesan daripada kajian arkeologi seperti Langkasuka, Funan, Tambralinga dan Champa diberikan perhatian. Empayar Srivijaya dan Majapahit sebagai pelopor tamadun Melayu/Indonesia diberikan perhatian tetapi Kerajaan Melaka digambarkan sebagai kuasa ekonomi dan politik melayu semata-mata malah Kerajaan-kerajaan Islam seper kejatuhan Majapahit seperti Demat, Ternate dan Aceh langsung tidak dibincangkan. Tokoh-tokoh seperti Hayam Wuruk, Airlangga, Kertenegara, Adityawarman (Minangkabau sebelum Islam), Srindavarman (Srivijaya) dan Patih Gajah Mada (Majapahit) diketahui, sebaliknya tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Syarif Hidayatullah, Sultan Ageng Titayarsa, Sultan Hassanuddin Babullah dan Fath Yunus tidak diketahui melainkan dikalangan  ahli-ahli akademik dalam bidang sejarah.

Pada Bab Ketiga dengan tajuk Islam Tersebar oleh Dakwah, penulis membetul gambaran kononnya Islam di Nusantara berkembang melalui proses asimilasi masyarakat setempat yang beransur-ansur menerima Islam daripada pergaulan mereka dengan penganut agama Islam yang datang berdagang. Sebenarnya Islam tersebar melalui pendakwah yang datang dengan satu misi iaitu menyebarkan agama Islam bukan melalui pedagang. Pedagang Muslim berperanan tetapi sebagai kepada sokongan kepada dakwah sepenuh masa dan mubaligh yang datang dengan tujuan untuk berdakwah.

Malah teori Keislaman dari faktor Islamnya Pemerintah yang menyebabkan ‘mass conversion’ (rakyat beramai-ramai memeluk Islam) juga diterangkan dengan perspektif yang sebenar dengan usaha yang dimainkan oleh para pendakwah yang mana langsung tidak disentuh dalam sejarah oleh sarjana barat. Teori Perkahwinan yang selalu dikatakan semacam para pedagang datang ‘berdakwah sambil-sambilan’ yang kemudian mengahwini wanita-wanita tempatan juga dikupas menarik dengan persoalan kefahaman dan tanggungjawab dakwahlah yang sebenarnya menyebabkan perkahwinan ini. Terdapat juga faktor persaingan Islam-Barat juga dikupas oleh penulis.

Bersambung….

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 1]

•December 10, 2010 • Leave a Comment

Part 1

Jejak Risalah Di Nusantara I

Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho

Penulis: Hafidzi bin Mohd Noor (Dr, Prof Madya)

PENDAHULUAN

Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang penting bagi pemupukan jatidiri bangsa. Ia menjelaskan asal-usul serta latar belakang kepada wujud tamadun manusia pada hari ini. Bagi penduduk nusantara dan di Malaysia khususnya, episod sejarah yang paling penting daripada seluruh sejarah kewujudannya bermula dengan kedatangan Islam.  Ini adalah kerana Islam menjadi acuan kepada pembinaan identiti sebahagian besar daripada rumpun melayu Nusantara dan menjadi asas penting kepada perkembangan budaya dan pemikiran. Oleh kerana Islam itu bersifat ‘Inqilabi’ atau merubah, maka kesan-kesan peninggalan pra-Islam hanya tinggal dalam bentuk artifak atau aspek-aspek tertentu dan kebudayaan yang masih tersisa dalam proses pengislaman yang berterusan.

Penulis buku ini membawakan bukti perubahan besar yang dibawa oleh Islam di Nusantara dibayangi diperingkat awalnya oleh penulisan sejarah yang lebih tertumpu kepada zaman pra-Islam. Ini sedia dimaklumi kerana penjajah barat secara sedar menulis sejarah bangsa yang dijajah untuk memenuhi agenda penjajahan itu sendiri. Salah satu daripada pendekatan yang diambil oleh penjajah ialah memutuskan umat Islam dari sejarah nenek moyang dan warisan setempat.

Hasilnya ialah rumpun bangsa Melayu yang dapat dipisahkan dalam kelompok-kelompok adat atau suku (Melayu, Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya) yang diwarisi sebelum Islam, yang mana ini amat bertentangan dengan risalah Islam yang bersifat sejagat atau universal dan bermatlamat untuk mengaitkan bangsa Melayu dengan sejarah pra-Islamnya ialah untuk memperdalam rasa ‘inferiority complex’ di kalangan masyarakat setempat kerana berbanding dengan budaya penjajah yang lebih maju, progresif, dan berciri estetika (seni), mitos (kepercayaan-kepercayaan yag bersifat tahyul dan tidak berpijak di bumi nyata) dan lagenda-lagenda yang wujud di alam khayalan. Natijah daripadanya mudahlah untuk memupuk sastu kelompok anak negeri yang memandang hebat kepada barat dan berusaha untuk meniru kehidupan dan kebudayaan bangsa yang menjajah mereka.

Kini penulisan sejarah Nusantara tidak dibayangi oleh tafsiran sarjana barat. Beberapa orang tokoh sejarah Nusantara dari kalangan tempatan telah bangkit mencabar kesahihan fakta sejarah dan tafsiran-tafsiran yang mengiringinya. Sesungguhnya sumbangan mereka seperti Prof. HAMKA, prof syed Naquib Al-Attas dan ahli-ahi akademik dalam bidang sejarah di Universiti- Universiti rantau Asia Tenggara sangat besar maknanya dalam mengembalikan harga diri dan jati diri umat Islam di Nusantara.

Buku ini telah tulis bukan sebagai rujukan sejarah semata-mata yang mana telah mengumpulkan hasil-hasil penelitian tokoh-tokoh sarjana barat dan tempatan, tetapi ia lebih bertujuan untuk memaparkan sejarah awal berdirinya Islam di Nusantara daripada perspektif dakwah dan jihad yang datang bersamanya. Penulis berharap agar buku ini akan menjadi rujukan permulaan yang diperlukan oleh pendakwah dan pendukung gerakan Islam dalam menghayati perjuangan yang ditempuh oleh ulama perintis dan golongan pendahulu di Nusantara.

Bersambung….

The Salty Coffee..

•December 8, 2010 • 1 Comment

He met her at a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he was so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she agreed. They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please, let me go home…. suddenly he asked the waiter: “would you please give me some salt?

Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously; do you have this hobby? He replied: “when I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, I think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there”.

While saying that, tears filled his eyes. She was deeply touched, that’s his true feeling, from the bottom of his heart, a man who can tell out his homesickness, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility for home. Then she also started to speak, spoke about her far away hometown, her childhood, her family.

That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story. They continued to date. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, was kindhearted, warm, careful. He was such a good person. Thanks to his salty coffee!

The story was just like every beautiful love story , the princess married the prince, then they were living the happy life… And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that’s the way he liked it. After 40 years, he passed away, left her a letter which said: “My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you, The Salty Coffee”. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt, it was hard for me to change it, so I just went ahead.

I never thought that could be the start of our relation! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything.. Now I’m dying, afraid of nothing, so I’m telling you the truth: I don’t like the salty coffee, what a strange bad taste…

But I have had the salty coffee for my whole life! Since I knew you, I never felt sorry for what I did, having you with me was my biggest happiness in my whole life, if I could live for a second time, I would still want to know you and have you in my life, even though having to drink salty coffee again”. Her tears made the letter totally wet. One day, someone asked her: What’s the taste of salty coffee? “It’s sweet”, she replied.

Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON !!!!

….Not mine..but 1st read on 2006..something special..sacrifices.. need a lot in dakwah….

PEMANSUHAN YURAN IPTA, POTENSI MAHASISWA ISU KRITIKAL

•October 25, 2010 • Leave a Comment

Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 sedang berlaku, dan ribuan mata sedang memerhati, menilai dan memuhasabah. Pesona peribadi pemimpin yang berucap, tutur kata dan akhlak turut diintai, terutama golongan pemuda dan mahasiswa yang berada dalam era keintelektualan yang sangat tinggi. Ramai yang mahu mengulas dan memberi respon tentang beberapa perkara dasar Negara yang disentuh.

Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM) juga peka dengan isu-isu perbincangan dan perbahasan yang sedang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini. Saranan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia agar yuran pengajian dimansukan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikira agak menarik dan AUTeM secara keseluruhannya amat menyokong perkara ini dan berharap akan dibawa ke perbincangan tahap yang lebih tinggi untuk direalisasikan.

AUTeM berpendapat mahasiswa akan kurang terbeban dengan pemansuhan yuran pengajian ini, malah turut akan member kelegaan kepada mahasiswa daripada lapangan yang mempunyai kekuatan ekonomi yang lemah. Sebelum ini, Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi telah memberikan kelonggaran kepada mahasiswa baru untuk mendaftar dengan bayaran minimum mahupun dengan penangguhan bayaran kepada golongan ini. Satu usaha yang amat terpuji yang dilihat akan lebih memberikan kelegaan sekiranya ianya dimansuhkan.

Tidak dinafikan mahasiswa juga perlu terus diberikan pendedahan dan penerangan agar keistimewaan mahupun keselesaan yang diberikan ini tidak diambil mudah sebaliknya menjadi momentum untuk terus bergerak maju dalam membina satu generasi intelek yang bersahsiah tinggi, soleh dan membawa sinar perubahan dalam masyarakat.

AUTeM juga menyarankan kepada kerajaan, badan bukan kerajaan serta orang perseorangan agar bakat dan potensi yang ada pada mahasiswa ini tidak dipandang kecil dan enteng kerana penangan mahasiswa sebenarnya amat mengagumkan dunia. Tidakkah kita lihat bagaimana kebangkitan suara mahasiswa telah menggoncangkan statut politik dan kepemimpinan Negara. Malah Tokoh Gerakan Islam Abad ke-20 seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan istimewanya mahasiswa atau pemuda ini kerana Keimanan yang mantap, Keikhlasan dalam berjuang, Semangat yang kental dan Usaha yang luar biasa. Maka kita harapkan, mahasiswa akan mampu sinergikan keempat-empat perkara ini untuk menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan mendatang. Kita mampu merubah dunia!

AL AMIN BIN HJ. MOHAMED SULTAN
PRESIDEN
PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (AUTeM)

Diterbitkan di Berita Harian

 

 

SAMSENG JALANAN DIHAPUS DENGAN SENTUHAN HATI

•August 3, 2009 • Leave a Comment

Mereka berani, mereka kreatif, dan mereka mengambil risiko melakukannya tapi sayang seribu kali sayang perbuatan mereka itu tidak kena pada tempatnya. Langsung tidak ada manfaatnya kepada sesiapa bahkan lebih teruk hanya mendurjanakan kehidupan orang lain yang tidak menganggu mereka.

Itulah mereka ’Samseng Jalanan’, istilah yang sangat tepat kepada golongan-golongan ini yang sebelum ini umum kenali dengan istilah ´mat rempit’. Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan sepertimana yang dikatakan oleh Datuk Abd Aziz Yusof, Ketua Trafik Polis Bukit Aman. Istilah yang sangat sesuai bagi menunjukkan serangan psikologi dan persepsi bagi mengurangkan golongan ini.

Saya  melihat isu ini sebagai isu yang sangat kritikal kerana penglibatan generasi muda belia dalam aktiviti tidak bermoral ini hanya merupakan suatu pembaziran yang optimum kepada negara kerana pemuda-pemuda inilah yang akan meneruskan kepemimpinan dan kecemerlangan negara pada masa hadapan, jika remaja sekarang berada dalam kehancuran maka tepat untuk dikatakan bahawa Malaysia meniti zaman kemusnahan secara terancang sekiranya ia tidak dibendung dengan segera.

Jika sebelum ini golongan Samseng Jalanan ini hanya berlumba dan melakukan aksi-aksi yang berbahaya dijalanraya ketika majoriti rakyat sudah berada dirumah beristirahat tetapi sejak kebelakangan ini mereka seakan tegar dengan keterlibatan dalam penyalahgunaan dadah, ragut, gengsterisme dan juga bunuh! Kita sedar baru-baru ini bagaimana pihak polis trafik yang mengawal keadaan dirempuh, ibu muda mati akibat diragut, nenek mati ketika disamun dan beribu macam kes jenayah lagi.
Continue reading ‘SAMSENG JALANAN DIHAPUS DENGAN SENTUHAN HATI’

Jika Orang Islam Sedia Ada Tidak Berjuang Untuk Islam, Allah Akan Datangkan Yang Baru Untuk Membela Agama-Nya

•April 26, 2009 • 2 Comments

Ketika wakil ahli Parlimen Taiping, Nga Kor membacakan ayat-ayat Al-Quran ada pihak yang terus melenting dan tidak kurang yang menyokong dengan hujah yang tersendiri. Tetapi dari satu sudut terutamanya politik negara kita perlu merenung adakan kerana kurangnya orang yang telah lama muslim ini membaca Al-quran menyebabkan melenting kerana dibaca dan diguna ayat-ayat al-quran sebagai hujah?


Ditambah dengan analisis Pilihanraya kecil di perak baru-baru ini orang islam yang menyokong parti Islam hanyalah 45% sedangkan orang belum islam yang menyokong parti Islam tu hampir 80%. Siapa boleh menafikan mereka-mereka yang asalnya tidak menyokong Islam malah membantah pelaksanaan hukum-hukum islam ini Allah boleh ubah hati mereka untuk bersama Islam dan menjadi tonggak yang akan membantu menegakkan Islam di negara kita. Siapa boleh menafikan jika Nga Kor mengaku sudah kembali kepada Islam ketika membacakan ayat-ayat Al-Quran.. Bukan kah suatu tamparan untuk kita yang sudah lama mengaku Islam?

Tidakkan kita melihat bagaimana sejarah menukilkan Genghis Khan yang menyerang dan hampir menghancurkan kota Baghdad dalam misi menguasai negara-negara Islam. Kata-kata azimat “Aku adalah bala yang diturunkan Tuhan ke atas muka bumi untuk menghukum kamu…” sedangkan ketika itu Islam mempunyai khalifah Al-Muktasim. Siapa bala bagi siapa? siapa menghukum siapa?

Walaupun Genghis Khan mati sebelum masuk ke dalam kota dan usaha ini akhirnya diteruskan oleh cucunya Hulaghu Khan. Masa berlalu, hari berlalu, siapa sangka cucunya cicitnya iaitu Turlah dan Muhammad Ghaznawi ini akan menjadi tonggak kemajuan sehingga membuka negara India yang menjadikan ianya pusat trasformasi Ilmu dan berkembangnya Agama Islam sehingga sampai ke Tanah Melayu.

mahukah kita diganti yang lain??