DAFTAR PEMILIH PILIHANRAYA UMUM: GEN-Y PERLU DISANTUNI CARA BERBEZA

Belia Gen-Y yang mewakili hampir 12 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk Negara kita dan pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada angka keseluruhan ini. Golongan ini sentiasa hangat menjadi bualan, tarikan dan tidak kurang fokus perbincangan.

Ini kerana merekalah yang akan mewarisi segala pelaburan dan perancangan Negara yang sudah dimulakan sejak merdeka lagi. Kepemimpinan Negara, ekonomi, kestabilan sosio-politik, integrasi kaum dan sebagainya akan direncanakan oleh mereka ini yang dilahirkan sekitar tahun 1981 hingga 1991.

Golongan belia ini kini sekali lagi mewarnai corak perjalanan Negara dalam konteks pilihanraya persekutuan kerana tampak majoriti daripada golongan ini masih gagal untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih yang akan memberikan mereka ruang dan peluang melakukan transformasi kepemimpinan yang mantap apabila berlakunya pilihanraya persekutuan. Ini ditambah pula dengan pendedahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini bahawa sejumlah 3.7 juta warganegara belum mendaftar sebagai pemilih amat memeranjatkan dan mengundang pelbagai respon.

Image
Kesinambungan daripada ini juga telah mengundang banyak organisasi untuk tampil memberikan cadangan kepada kerajaan untuk segera mengatasi fenomena ini antaranya Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) yang mencadangkan kerajaan supaya mewajibkan setiap warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur 21 tahun.

Malah pernah ada cadangan daripada YB. Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat agar pendaftaran pengundi dan memilih pemilih baru dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Image

Malah ada banyak lagi cadangan daripada pihak yang memandang berat isu ini dan kesemuanya adalah idea bernas yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan cuma persoalannya sejauhmanakah ianya akan memberi kesedaran kepada mereka untuk turun mengundi pada pilihanraya kelak kerana untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih pun semacam dipaksa dan terpaksa. Lebih-lebih lagi apakah dengan cara yang sebegini ia akan memberikan kesan yang positif untuk menangani perkara ini.

SPR perlu lebih kreatif dalam mendekati Gen-Y ini dengan mengkaji kegemaran dan cara yang mereka rela dan  minat untuk didekati. Golongan ini akan sukar menerima arahan yang memaksa, kongkongan dan sebagainya tetapi sekiranya ianya diberikan dengan penuh berhikmah, diterangkan rasional praktikal pasti ada ruang di situ. Malah sekiranya pendaftaran yang difokuskan maka gunakanlah laman-laman sosial yang dipenuhi oleh golongan ini dalam berinteraksi. Binakan sistem integrasi pendaftaran yang mesra pengguna, boleh diakses dari mana-mana dan pada masa yang sama dapat dikesan, disahihkan kebenaran serta terpelihara. Walaupun akan melibatkan kos tetapi sedikit pelaburan untuk jangka masa panjang mungkin boleh dipertimbangkan pelaksanaannya sekiranyaberbaloi.

Selain daripada usaha mendaftarkan pemilih baru ini, kita sepatutnya melihat isu yang lebih penting adalah usaha untuk memberikan kesedaran secara kolektif berkenaan kepentingan mencatur politik Negara. Rata-rata belia berada dalam zon selesa kerana keamanan dan kedamaian sehingga hanya aktif dalam dunia maya serta lesu dalam isu masyakat majmuk dan kepemimpinan. Pola dan perjalanan politik Negara juga mungkin mempengaruhi mereka ini, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang berautoriti untuk memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya menuding jari kepada mana-mana pihak.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institusi akademik, masyarakat dan orang perseorangan turut mempunyai tanggungjawab dalam memberikan kesedaran isu ini. Contoh yang sangat mudah, jika ibu ayah dalam keluarga peka manakan ada anak yang tidak mendaftar sebagai pemilih. Sekiranya ada guru atau pensyarah yang peka maka akan ada usaha kesedaran kepada meraka ini tetapi sekali lagi segala-galanya berbalik kepada diri pemuda dan belia ini sendiri .

Pertubuhan bukan kerajaan contohnya seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang mempunyai ahli lebih kurang 6000 orang ketika belum berusia setahun penubuhan yang mana sebahagian besarnya adalah Gen-Y yang sedang kita bicarakan. Maka Pertubuhan itu sendiri boleh memainkan peranan dalam mendaftarkan ahli pertubuhan mereka sebagai pemilih.
Image
Sama-sama kita mainkan peranan dengan tidak meletakkan bebanan hanya pada pundak satu-satu pihak. Jangan kita pandang enteng perkara ini kerana undi Gen-Y ini mungkin menjadi penentu pada pilihanraya kali ini.

Advertisements

~ by ibnusultan on May 23, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: