KARISMA PUJI TINDAKAN PROAKTIF KERAJAAN MALAYSIA PINDAH MAHASISWA DI MESIR

Krisis Di Mesir

Revolusi kebangkitan suara keadilan rakyat Mesir sedang membuakkan satu transformasi peringkat global yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada dunia. Kebangkitan Rakyat Mesir yang menuntut pengunduran Rejim Hosni Mubarak, Presiden Mesir yang dikecam bukan hanya kerana gagal melakukan pembaharuan selama 32 pemerintahan tetapi kezaliman yang telah disedari oleh rakyat. Kebangkitan ini juga turut dikaitkan dengan semangat dan kesedaran generasi muda iaitu mahasiswa dan pemuda.

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) selaku gerakan mahasiswa kontemporari yang memacu suara mahasiswa terus mengambil peka dengan setiap inci perkembangan yang berlaku di bumi Mesir. Jelas kebangkitan yang dimulakan di Tunisia ini berjaya memberikan kesan kepada dunia arab yang lain seperti Jordan dan juga Mesir. Demonstrasi, kekacauan, pertempuran dengan tentera, kematian, rusuhan jalanan dan segala-galanyanya terus meningkat mengakibatkan krisis kemanusiaan yang semakin hari semakin meningkat. Tetapi ianya tampak akan berterusan sehingga pengunduran Hosni Mubarak yang dilihat semakin menjadi kenyataan.

KARISMA yang juga merupakan sayap mahasiswa dibawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sedar bahawa disebalik satu revolusi terbesar yang sedang berlaku ini, terselit juga realiti bahawa kesannya turut terkena kepada rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Ini dibuktikan dengan rekod Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menunjukkan ada 11,319 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di Mesir, iaitu 5,184 pelajar perubatan dan 6,135 pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Setakat ini Kementerian mengesahkan 7000 rakyat Malaysia berjaya dikesan dan berada dalam keadaan selamat.

KARISMA memuji langkah kerajaan yang segera melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir sama ada melalui jalan udara mahupun laut. Malah kerjasama menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MAS dan AirAsia jelas mempamerkan semangat terpuji yang jitu tanpa meletakkan apa-apa syarat mahupun kepentingan politik.

Malah kesediaan untuk menanggung kos pemindahan oleh pihak kerajaan juga menggembirakan rakyat Malaysia terutamanya bagi yang berada dalam keadaan kekuatan ekonomi keluarga yang lemah dan juga panik dengan apa yang sedang berlaku lebih-lebih lagi dengan segala urusan transaksi serta urusan perbankan yang tidak lagi beroperasi di Mesir. Kerajaan juga perlu terus menyebarkan informasi ini agar tidak menjadi permasalahan dan perselisihan kepada ahli keluarga.

Seperti yang diuar-uarkan proses memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dilakukan secara percuma tanpa sebarang caj dikenakan, Kerajaan juga menyediakan tempat tinggal, pengangkutan, cukai lapangan terbang $AS100, bayaran visa ke Jeddah serta makan dan minum secara percuma kepada mereka.

Bawa pulang ke Malaysia..

Dengan setiap Negara di dunia yang mempunyai kepentingan pelaburan mahupun pelajar di Mesir turut ingin melakukan perkara yang sama. Disini dapat dilihat kebijaksanaan kepemimpinan Negara dalam urusan perancangan, komunikasi dan respons yang efektif serta efisyen telah menjadikan urusan pemindahan mahasiswa ke Jeddah dan juga ke Malaysia telah di berjaya direalisasikan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan.

KARISMA merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan atas tindakan peroaktif dan kerjasama yang ditunjukkan antara kementerian. Adalah diharapkan urusan ini akan diteruskan dengan produktif sehingga semua mahasiswa dan rakyat Malaysia dapat dikesan sepenuhnya dan dibawa pulang ke tanah air.

KARISMA berharap dengan tempoh yang lebih lama untuk pemulihan kerajaan dan permulaan pengajian mahasiswa-mahasiswa ini di bumi Mesir maka adalah langkah terbaik untuk dioptimumkan pengalaman mahasiswa-mahasiswa ini untuk mengadakan sesi perkongsian peringkat nasional agar semangat dan kecekalan mereka dapat diperhati dan dicontohi untuk kebangkitan dalam mencapai kejayaan di Negara kita.

AL AMIN BIN MOHAMED SULTAN
JK PENERANGAN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA-JIM)

Diterbitkan di di ruangan  Berita Harian.

Advertisements

~ by ibnusultan on February 8, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: