Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 7]

Sumbangan Cheng Ho dalam membanteras aktiviti lanun dan rompakam juga amat besar apabila beliau telah menangkap seorang lanun yang bermaharaja-lela di Cochin Cina (Vietnam). Dalam pertempuran yang berlaku, armada Cheng Ho berjaya menenggelamkan sepuluh kapal lanun dan menahan tujuh yang lain. Cheng Ho juga berjaya menahan seorang lanun yang kejam di Palembang yang bernama Ch’en Tsu-yi dan membawa beliau ke Nanking sebagai tawanan dan dibunuh, peristiwa ini berlaku pada 1407M.

Dari Perspektif ini sumbangan Admiral Muhammad Cheng Ho terhadap kesejahteraan kepulauan Melayu telah secara langsung dan tidak langsung membantu memantapkan perkembangan Islam di sini. Ukiran masjid-masjid yang dibantu oleh petukang dari China yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama Islam.

Apapun, sebuah armada yang dimiliki oleh satu kuasa besar (Islam) telah meronda dan mengawal perairan antarabangsa dilautan Hindi, Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan Laut Sulu 100 tahun sebelum ianya dicerobohi oleh armada-armada Portugis dan Sepanyol.

Penulis mengulas sekiranya Kerajaan Ming meneruskan polisi menziarahi dan menjalin hubungan lain selepas kematian Maharaja Yung Lo, pastilah pelaut-pelaut Portugis dan Sepanyol seperti Bartholomeo Diaz, Vasco Da Gama akan bertembung dengan armada dari Negara Cina. Sekiranya berlaku sebarang konflik jelas akan memberikan kemenangan kepada Armada Cheng Ho mengikut perbandingan yang diungkapkan oleh seorang Profesor Anthropology di University of Texas, yang mengatakan armada Cheng Ho terdiri daripada 62 kapal dagang besar, mana-mana satu darinya boleh menempatkan ketiga-tiga kapal Columbus. Disimpulkan lebih kurang 30,000 orang turut serta bersama Cheng Ho berbanding Columbus sekitar 90 orang.

Kehebatan angkatan laut Cina bukan sahaja diukur dari sudut bilangan kapal dan saiz malah turut dari sudut kelengkapan pengetahuan, teknologi dan radas perkapalan. Pengetahuan memungkinkan mereka mencipta kompas bermagnet, satu radas yang hanya diketahui oleh barat selepas beberapa ratus tahun. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C.

Salah sebuah kapal Cheng Ho dikhususkan untuk tujuan pertanian dengan penanaman kacang soya, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai bekalan protein dan vitamin C. Seratus tahun selepas Cheng Ho, pelayar-pelayar dari barat masih lagi dihantui oleh penyakit Scuvy yang membunuh kelasi-kelasi akibat kekurangan vitamin C.

Malah dunia turut dikejutkan pula dengan kemungkinan Admiral Cheng Ho yang lebih dahulu menemui Amerika dan Australia jauh sebelum Christopher Columbus dan Captain James Cook.

Kita menanti bukti rasmi, tetapi cukup untuk menyatakan bahawa dunia pertama kali diterokai oleh bangsa Cina dan bukannya pelayar-pelayar bangsa eropah dalah rombakan penulisan sejarah yang besar. Tidak kurang menaruk dari hakikat ini ialah jika Cina yang mula-mula menemui dunia yang luas ini, tida mengeksplotasinya samada daripada sudut politik (penjajahan) dan komersil. Sebaliknya penemuan Amerika oleh Columbus membawa kepada eksplotasi dan seterusnya pembangunan oleh bangsa Eropah yang akhirnya selepas 500 tahun menjadikan Amerika Syarikat jauh lebih kuat daripada apa yang pernah dicapai oleh China.

PENUTUP

Dengan memaparkan kisah Admiral Muhammad Cheng Ho dan sumbangannya kepada kestabilan politik rantau Asia Tenggara dalam bab terakhir maka penulis menamatkan penulisan Siri I ini dengan membataskan penulisan dari zaman kedatangan awalnya sehinggalah sejurus sebelum kemunculan kuasa-kuasa barat yang cuba mencorakkan Nusantara berdasarkan hegemoni Kristian-Barat. Skop perjuangan umat Islam Nusantara menentang penjajahan barat akan disentuh dalam buku susulan dalam siri jejak Risalah di Nusantara. Kita dapat melihat bagaimana suatu pandangan semula kepada sejarah Nusantara yang dilakukan oleh penulis telah membuka satu lembaran baru dan cetusan minda kepada setiap orang untuk mengkaji, mengikut dan mengambil pengajaran daripada sejarah.

TAMAT.

Buku Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho Boleh didapati info melalui JIMedia [http://www.facebook.com/pages/Buku-buku-JIMedia/286578794873].

Advertisements

~ by ibnusultan on January 28, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: