Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 6]

Admiral Muhammad Cheng Ho-Envoy Muslim Kurun Ke-15 adalah bab ke-13 yang membawakan fakta-fakta menarik tentang Laksama Cheng Ho yang melawat Melaka pada Zaman Dinasti Ming yang merupakan satu kuasa besar yang diiktiraf oleh Negara-negara serantau. Dinasti Ming mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan maharaja Yung Lo @ Yongle yang menganjurkan tujuh misi diplomatik dipimpin oleh Admiral Cheng Ho.

Jarang diperkatakan hakikat sebenar tentang Cheng Ho mengenai keperibadiannya dalam sejarah kerajaan yang diwakilinya. Admiral Cheng Ho adalah seorang Muslim dan nama sebenarnya ialam Muhammad Ma Ho yang dilahirkan dalam keluarga Muslim yang taat, ibubapa dan datuknya telah mengerjakan Haji. Cheng Ho amak kepingin untuk mengerjakan Haji tetapi tidak kesampaian. Sumber sejarah menyebut sebelum berangkat beliau akan mengerjakan sembahyang berjemaah bersama-sama anggota rombongannya yang menyebut seramai 27,500 orang yang sebilangan besarnya beragama Islam.

Pembantu beliau (Vice Admiral) bernama Hoe Hsein iaitu sebutan Hussein dalam bahasa Cina. Jurubahasa dalam bahasa Arab ialah Alhassan yang pernah menjawat Imam di wilayah Shensi manakala dua orang pencatatnya bernama Ma Huan dan ‘Fei Hsin’ (sebutan cina bagi Faisal). Angkatan Cheng Ho yang majoriti beragama Islam ini menunjukkan meskipun Islam tidak menjadi anutan rasmi pada Zaman Dinasti Ming tetapi ia diterima baik.

Catatan sejarah dapat disimpulkan bahawa Empress Ma iaitu permaisuri kepada maharaja Yung Lo adalah beragama Islam. Walaupun status maharaja Yung Lo tidak diketahu, puisi terpahat pada masjid raya Nanjing pada Zaman Kaiser Chu Yang Chang, bapa kepada Kaiser Yung Lo menunjukkan kecenderungan keluarga Diraja kepada Islam. Malah terdapat peraturan yang mengharamkan daging khinzir.

Berdasarkan kepada petunjuk sejarah ini, beberapa kesimpulan boleh dibuat. Pertama, usaha-usaha yang disebut sebagai ‘pelayaran Cheng Ho’ bukan semata-mata objektif diplomatik tetapi lebih daripada itu iaitu untuk menjalin hubungan dengan Negara-negara umat Islam di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika Timur. Antara tempat yang pernah diziarahi oleh Cheng Ho di Afrika Timur ialah Malindi dan Mombasa, dua bandar pelabuhan muslim terpenting di sana. Kedua, perlindungan yang diberikan oleh misi-misi diplomatik ini telah membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan dirantau sini. Kedaulatan Melaka sebagai pusat pemerintahan, perdagangan dan pengajian Islam juga turut terpelihara daripada ancaman musuh serantau khususnya Siam.

Diceritakan bagaimana Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja Cina, Yung Lo sebagai Raja Melaka. Ini meminjukkan Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam dan Siam berhenti menerima persembahan Bunga Emas setiap tahun daripada Melaka. Cheng Ho telah meninggalkan sebuah prasasti (batu bersurat) mengenai pengisytiharan ini namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis. Malah warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah anugerah kerajaan Cina yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.

Bersambung…..

Advertisements

~ by ibnusultan on January 15, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: