Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 5]

Bab ke-8, Transformasi Jatidiri Melayu Nusantara. Menceritakan bagaimana perubahan yang berlaku kepada pegangan dan akhlak umat Islam selepas memahami Islam. Penulis membawakan catatan Ibnu Batutta yang melawat Asia, beliau singgah di Pasai dan mengatakan beliau sempat menghadiri majlis ilmu yang dihadiri oleh Sultan al-Malikus Zahir, pemerintah Pasai pada zaman itu. Sultan dikatakan mengikuti perbincangan ulama-ulama fiqh dengan penuh minat.

Majlis ilmu (halaqat) diadakan seminggu sekali ada setiap hari Jumaat. Senario yang sangat berbeza dengan gambaran yang dilukiskan oleh Marco Polo apabila melawat tempat yang sama lebih kurang 50tahun sebelumnya yang mengatakan penduduk-penduduk di Sumatera Utara mempunyai ekor dan memakan daging manusia.

Kapal dinaiki Marco Polo sendiri berlabuh jauh ke tengah laut takut ditangkap manusia ‘cannibal’. Marco Polo juga berkata setengah-setengah Bandar pelabuhan rakyatnya telah memeluk agama ‘Muhammadan’ (Islam) dan mereka ini hidup bertamadun dan makmur.  Selain daripada ini, zaman peralihan daripada Hindu kepada Islam ditandai dengan kelahiran penulisan-penulisan ilmiah, hasil sastera diganti kitab-kitab tasawuf, akidah dan fiqh. Sastera dan aplikasi hidup berubah sepenuhnya kepada agama yang benar.

Dalam bab ke-9, Berkembangnya Dakwah Pada Saat Kejatuhan penulis menjelaskan tentang penyebaran Islam ke Nusantara ini berlaku ketika kejatuhan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Islam dalam jangkamasa seratus tahun selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ketika itu juga berlaku asakan tentera-tentera Salib dan juga kemelesetan dunia Islam dengan pelbagai bentuk ‘hereis’ – penyelewengan. Ini turut mempengaruhi dakwah di Nusantara dengan beberapa kefahaman Syiah dan sebagainya tetapi lama-kelamaan kemudian ia diganti dengan amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Penyatuan Umat Islam Melalui Bahasa & Pengaruh Islam Ke Atas Seni adalah merupakan bab ke-10 dan 11 yang membicarakan tentang penggunaan bahasa melayu sebagai lingua franca walaupun terdapat lagi suku bangsa yang lebih besar di Indonesia contohnya suku etnik Jawa yang terdiri daripada 40% penduduk. Kita juga dapat melihat selama Kerajaan Srivijaya berkuasa di Empayar Majapahit masih tidak memberikan kesan daripada segi bahasa dan keanjalan bahasa Melayu itu sendiri.

Pengayaan istilah-istilah Arab juga membanjiri perbendaharaan bahasa Melayu. Ternyata bahasa Melayu juga menyatukan pelbagai suku etnik di Nusantara yang tak mungkin menjadi kenyataan tanpa Islam. Tokoh-tokoh ilmuan seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang berbangsa Gujerat, Syeikh Abdul Rauf as-Singkeli dari Aceh, Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan ramai lagi yang mengarang kitab-kitab mereka dalam bahasa Melayu.Seiring negan perkembangan bahasa ialah tulisan yang mana sebelum Islam umumnya terdapat dua jenis tulisan Pallava atau Devanagari yang berasal dari India dan tulisan asli bangsa Melayu iaitu rencong atau surat ulu. Selepas kedatangan Islam diganti dengan tulisan arab yang dinamakan tulisan Jawi.

Islam turut merubah cara berfikir orang Melayu daripada bersifat estetika (seni dan rasa) kepada yang bersifat rasional dan saintifik.

Walau bagaimanapun seni turut mengalami impaknya bagaimana bangsa Melayu terkenal dengan puisi, peribahasa, pantun, gurindam yang menjadi khazanah puisi berunsur Islam yang sangat kaya. Seni tampak terutama ukiran berunsur Islam menggantikan ukiran tema-tema mitos agama Hindu-Buddha dengan menggunakan kaligrafi,pola-pola geometri dan bentuk menyerupai tumbuhan.

Bab ke-12 Perlaksanaan Undang-undang Islam disentuh dengan menarik oleh penulis yang menceritakan apabila kerajaan-kerajaan Islam muncul di Nusantara, ia tidaklah sekadar berajakan seorang raja yang telah memeluk Islam, tetapi Islam menjadi asas kepada pemerintahan tersebut. Contoh kerajaan Melaka yang mengkanunkan undang-undang syariat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Penulisan tentang persejarahan ini amat kurang diberi tumpuan kerana tumpuan lebih diberikan kepada aspek lagenda seperti Hang Tuah dan cerita kiasan Puteri Gunung Ledang. Hukum kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah legasi peninggalan Kerajaan Melaka yang tidak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam pelaksanaan syariat di Negara-negara umat Islam di Asia Tenggara masa kini. Apabila dilihat jelas menunjukkan beberapa akta yang berkaitan hukum hudud, qisas, rejam dan  lain-lain malah 41% dari Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan syariat Islam. Ini turut dibuktikan dengan catatan dalam batu bersurat 1303M yang turut tercatat berkaitan zina dengan jelas.

bersambung…..

Advertisements

~ by ibnusultan on January 10, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: