Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 4]

Bila Islam Mula Disebarkan di Nusantara merupakan bab kelima yang memberikan bukti pengamalan Islam oleh orang di Nusantara seawall kurun ke-3 hijrah meskipun ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara.Ini dibuktikan dengan artifak yang berselerak yang menunjukkan umat Islam sudah menziarah atau menetap di Nusantara, lama sebelum berdirinya kerajaan-kerajaan Islam. Adalah tidak munasabah untuk menganggap mereka berada di kalangan masyarakat peribumi tanpa menyiarkan dakwah Islam.  Secara logik, jika kurun pertama hijrah diterima sebagai tarikh bermulanya usaha dakwah ertinya ia mengambil masa kira-kira 500 tahun sebelum berdirinya Islam dalam bentuk pemerintahan.

Majapahit dan Islam & Tamadun Ilmu meruntuhkan Empayar Majapahit adalah bab ke-6 dan 7 yang menggupas era penyebaran Islam ketika mana Kerajaan Majapahit berada dipuncak kekuasaannya yang dengan berjaya melaksanakan dasar imperialismenya dan kejatuhannya adalah disebabkan kefahaman Ilmu Islam oleh masyarakat. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa sebuah kuasa imperialis seperti Majapahit dapat menerima doktrin Islam dengan Konsep Raja sebagai jelmaan Tuhan atau wakilnya di bumi adalah berbeza dengan Islam yang berteraskan tauhid.

Sikap Kerajaan Majapahit terhadap perkembangan Islam boleh disorot daripada serangannya ke atas Pasai dan Giri. Pasai yang merupakan Kerajaan Islam yang pertama berdiri di Sumatera musnah dilanggar oleh Majapahit pada 1306M. Kehancuran Pasai di tangan Majapahit rupa-rupanya menjadi sebab kepada berkembangnya pengaruh Islam di Tanah Jawa, pusat Empayar Majapahit sendiri kerana ramai tawanan Pasai yang dibawa ke Jawa dan menetap di sana.   Diceritakan kisah pengislaman dikalangan keluarga kraton (istana) yang dipelopori oleh Maulana Malik Ibrahim  yang merupakan salah seorang daripada Wali Songo. Perkaitan susur galur kekeluargaan sehingga kemunculan Bintara sebagai pusat pengembangan Islam yang kemudiannya dinamakan Demak dan kisah-kisah selepasnya sehinggalah akhirnya sebuah kerajaan Hindu di Jawa berjaya ditundukkan di bawah kekuasaan politik Ilsam yang berdiri di Demak.

Perlumbaan antara dua agama yang bersaing di Pulau Jawa berakhir dengan kemenangan Islam. Pada satu pihak Majapahit meluaskan jajahan takluknya ke seluruh Nusantara melalui penaklukan dan misi ketenteraan manakala pada satu pihak lagi, Islam mengembangkan pengaruhnya ke seluruh Nusantara dengan dakwah dan qudwah. Ternyata kekuatan pedang di medan perang tidak dapat menandingi kekuatan tabligh di medan dakwah. Akhirnya Empayar Majapahit yang pernah gah pada zaman Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk dapat dikalahkan oleh sebuah Kerajaan Islam yang baru berdiri di Demak.

Pada saat-saat pergolakan ini lahirlah sebuah kerajaan yang dahulunya pernah mencipta nama di timir dan dibarat yang tidak bukan tidak lain adalah Kerajaan Melayu Melaka. Para orientalis dengan pantas membuat kesimpulan kelahiran negeri Melaka dan kemunculan Melaka sebagai sebuah kuasa maritime itulah yang menjadi punca kepada kejatuhan empayar Majapahit. Sebenarnya kekalahan Majapahit bukan disebabkan ekonomi walaupun kegiatan ekonomi punya sedikit saham kepada kejatuhannya. Sebab sebenar kepada berakhirnya empayar Majapahit bersama tamadun Hindu-animisme yang menjadi dukungannya ialah berkembangnya satu tamadun yang jauh lebih superior daripadanya. Tamadun itu tidak lain dan tidak bukan ialahtamadun ilmu yang telah membebaskan umat Melayu yang hidup dibawah kekuasaan dewa-dewa dan raja-raja jelmaan Tuhan.

bersambung..

Advertisements

~ by ibnusultan on December 31, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: